Tuesday, March 29, 2011

Artificial Insemination (AI) Untuk Sebright

Salam, dah sebulan aku cuba praktikkan AI ni.. dalam bahasa Melayu dikenali sebagai permanian beradas di mana sperm dikutip dari pejantan dan dipindahkan ke saluran pembiakan betina untuk persenyawaan. Pagi tadi buat pertama kalinya aku dapat kutip sperm pejantan silver sebright aku. Setitik dua je pun tp dah cukup utk persenyawaan kerana dalam setitik tu pun dah ada puluhan atau mungkin ratusan sperm. Sekali disuntik ke saluran pembiakan betina akan bertahan selama seminggu tanpa perlu diulang. Maksudnya kalau si betina bertelur setiap hari, semua 7 biji telur tersebut akan disenyawakan jugak. Alhamdulillah, satu lagi ilmu dan kemahiran aku dapat hasil drp penelitian dan izin Allah. Bukan senang nak belajar benda ni tanpa sifu. Tanya kawan2, kwn2 pun tak pernah cuba.. Jadi bermula pada hari ini, aku akan rekodkan kajian dan penelitian untuk pastikan kaedah ini berhasil dalam usaha membiak baka tulen dan kacukan di reban aku. Buat permulaan ni aku akan cuba biakkan baka tulen dulu. Kaedah ini membolehkan ayam-ayam betina dibiarkan dalam satu sangkar tanpa kehadiran pejantan yg kadang2 sangat agresif menyebabkan si betina stress dan kurang pengeluaran telur atau telur pecah dipijak oleh pejantan. Selain itu, aku tak perlu masa utk suaikenal antara betina dan jantan yg kadang2 mengambil masa, melalui kaedah ini aku boleh terus masukkan benih dari mana2 ayam jantan ke mana2 ayam betina yg sedang dalam proses bertelur. Satu kaedah yang sangat berguna... Korang semua doakan lah aku, insya Allah kalau berjaya nanti mungkin aku dapat hasilkan kacukan yg pelik2 :) -- ptg ni nak cuba masukkan sperm sebright ke giant cochin betina.. harap menjadi sbb giant cochin tgh bertelur tanpa pejantan. Kalau jadi la nanti, agak2 korang camner la rupa anak dia.. kalau dpt cam gambar kat bawah ni kira best jugak :)

Tuesday, March 22, 2011

Ayam Giant Cochin Bertelur


Salam, berita gembira ptg ni.. ayam giant cochin aku dah start bertelur, jam 1 tgh td time aku check reban ternampak sebijik telur di tgh reban.. bila tgk n teliti betul2 mmg sah la telur tu kepunyaan giant cochin. Sbbnya mmg takder ayam lain kat reban tu, kalau ada pun ayam silkie n bantam ttp dikurung. Ok tu berita baiknya.. berita buruknya pulak, telur tu gerenti tadak benih sbb mmg takder jantanpun.. :( jadi terpaksa aku mkn telur giant cochin goreng mlm ni. Kalau ada benih mau aku jual RM50 sebijik... kakakah (gurau jer..) Ni aku tgh cari giant cochin jantan lagi ni.. kalau jumpa bolehla biakkan, kalau tak, mkn telur la aku hari2.. buat masa ni baru sekor bertelur.. tp ayam ni sebaya.. buatnya bertelur 2-2 tu, mmg takyah beli lauk la lepas ni.. :) Kat bawah ni adalah telur yg dikutip tu.. walaupun telur pertama tp saiz dan bentuk sgt cantik dan sesuai utk pengeraman.


Friday, March 18, 2011

Anak Silver Bantam Nak jual (SOLD)



Salam, ada sepasang anak silver bantam nak jual, alasannya dah tak muat sangkar dah.. aku dah ada tiga pasang.. so yg ni aku nak lepas la.. umur dah 2 bulan lebih dah nak masuk 3 bulan.. aku jual RM300 sepasang... ayam sihat dan mesra :), jadi, beli jangan tak beli. Sayang sebenarnya nak jual tp tak dapat buat apa sebab tak terjaga kebajikan mereka ni nanti, menjawab pulak aku kat akhirat esok.. so kalau ada sapa2 yg berminat boleh la hubungi aku di 012-5245002. Buat masa sekarang aku belum iklan dalam mudah.my. Bg keutamaan kat kawan2 pengunjung blog dulu..

Di mana Giant Cochin Jantan ?

Salam, dalam seminggu dua lepas aku terperasan yang ayam giant cochin aku tu rupanya dua-dua betina. Hambik kau, dah tu cam ner nak buat? Aku contact en zakaria, tanya kut-kut ada pejantan lebih, dia kata tadak.. sudahhh... dia kata cuma ada pejantan kacukan cochin n brahma jer.. lg sekali sudahhh.. aku teringat pula kat en suresh pembekal brahma, kena call.. akupun call tanya.. pun tadak.. cuma leganya dia kata cuma ada giant cochin jantan yg masih muda, umur 6 bulan kut.. bulan depan boleh ambil. Alhamdulillah... aku tunggu ni... tak sabar. Kenapa tak sabar sangat, sebabnya kedua-dua ayam giant cochin betina aku dah mula galak dah.. so aku kena la buat tindakan drastik, takkan aku nak beli ayam gajah lak buat pejantan.. dah tak ori la pulak.. ada kawan-kawan kata aku untung dpt dua-dua betina, sbb nanti dapat anak byk, tp mula-mula ni penin la skit sbb kena beli jantan baru.. duit lg tu.. takper anggap la pelaburannn.. :) Kalau diikutkan umur kedua-dua ayam betina baru menginjak 7 bulan sbb aku beli time umur dia sebulan pada september 2010. Tp mmg logik la sbb dia akan mula bertelur pada bulan ke 8-10.. mana tau kut-kut matang awal :) Kalau dapat jantan umur 6 bulan aku kena bela lg 2 bulan untuk pastikan dia betul2 galak n boleh panjat ayam betina.. nanti la aku usahakan utk pastikan jantan tu produktif. Buat masa sekarang aku duk manjakan kedua-dua betina tu dengan makan makanna yg berkhasiat n air yg bersih serta vitamin yg berkaitan. Harap subur la hendaknya.. Di bawah adalah gambar kedua-dua anak dara giant cochin aku tu..






Monday, March 7, 2011

Button Quail Batch Ketiga Tetas



Salam semua, kali ni aku nak update pulak batch ke-3 button quail yg menetas mungkin awal pagi semalam ( sabtu n ahad aku tak sempat datang tgk ).. pagi tadi aku tgk dah kering semua bulu, ada 7 ekor semuanya.. so campur yg dah tetas 2 batch sebelum ni dah 12 ekor.. alhamdulillah. Bertambah jugak koloni mereka di tgn aku :) ada 2 batch lg yang belum tetas, dalam 12 biji, insya Allah akan tetas menjelang April nanti.. buat masa sekarang induk button quail dah stop bertelur, mungkin dah abis musim.. bagus jugak sbb akupun dah risau takut induk mapuh pulok.. kekekekeh.. sekarang aku tumpukan untuk sediakan nutrien yg cukup utk kembalikan kesihatan induk-induk tu.. kesemua batch pertama, kedua dan ketiga ni aku takder niat lg nak jual, niat nak simpan sebagai induk pelapis.. insya Allah kalau ada batch seterusnya akan aku jualkan kepada yg berminat..

Monday, February 28, 2011

Button Quail Batch Kedua Tetas



Petang tadi batch kedua silver button quail aku tetas pulak.. alhamdulillah bertambah lagi koloni mereka. Aku mmg exited sbb menjadik jugak puyuh2 tu.. harap byk betina la dari jantan. Suka aku tgk dia bertelur byk2 walaupun agak sukar utk dieram sbb payah nak nampak time candling.. kalau ada puyuh betina yg bertelur dgn kulit berwarna cerah tu kira dpt la di candling buatnya warna coklat pekat tu.. mmg nampak gelap je la.. cam gambar yg aku upload bawah ni. Aku ada 2 ekor puyuh betina, satu telur warna coklat pekat n satu warna cream.. so yg coklat tu mmg aku tak sentuh.. yg cream tu aku suka candling.. suka tgk kaki anak puyuh tu duk menendang dalam telur hehehe...



Aku ada surf internet nak tgk berapa umur matang puyuh betina utk bertelur, ada yg ckp sebulan, ada kata 2 bulan dan ada kata 3 bulan.. tp takper nanti aku buat kajian aku sendiri. Mungkin dipengaruhi makanan atau suhu kut.. kat negara omputih susah skit nak bertelur sbb time winter byk salji n puyuh takmo bertelur.. kalau bertelurpun anak gerenti beku dlm telur punya :).. so kena la tunggu musim lain yg lebih suam.. kat Malaysia ni aku tgk puyuh aku hari2 bertelur, naik risau aku, takut kojol lak nanti kes overlaying.. nanti aku rehatkan kejap dalam sebulan ker.. kesian para ibu puyuh aku ni.. bapak dia tadak hal punya, maintain jer...

Wednesday, February 23, 2011

Serama Pejantan Reban

Salam geng.. ni aku nak update ttg serama aku, walopun tak sehebat mana tp aku tak kira, aku nak update jugak, korang pun aku paksa baca jugak.. hehe.. anak serama aku yg tetas dulu idup sekor jer.. alasannya, aku tak sempat jaga lalu kojol ( mati ler tu ).. tp yg idup tu jadi betina so untung la aku.. ada aku upload foto dia kat bawah tu, kaler cantek la n harap bertelur sbb dah bentuk badan cam ok. Tp kali ni aku nak citer tentang reban serama aku, buat masa sekarang aku ada sekor pejantan n 2 induk yg tengah galak bertelur, kat bawah ada aku tunjuk gambo, leh ler tengok.. aku suka tgk yg jantan tu sbb nampak cam kerek jer sepanjang masa.. hehe.. hrp jadik anak byk ler.. ptg td aku suluh telur yg dalam inkubator tu mmg dah ada benih, alhamdulillah.. doakan menjadik jugak la lepas2 ni pun.. Warna anak nanti aku rasa tak lari byk la dari mak bapak dia, mmg aku suka kaler seakan buff camtu.. nampak cam lembut jer..


Anak serama betina first batch.

Bapak serama tak mandi pagi.


Bapak serama dah mandi pagi tp belum sarapan.

Bapak serama dah mandi n dah sarapan.


Duk ber 'isteri' rehat.. hehe..