Sunday, July 8, 2012

Masalah Tikus dan Cara Aku Atasinya

Salam kepada semua.. kali ni aku nak bercerita berkenaan masalah utama aku dlm menternak ni.. tikus !! ya tikus .. dari mula aku tak sedar yg beliau telah menjadikan hidup ternakan aku sengsara tp aku mula sedar bila mana aku terserempak dengan sekumpulan tikus ni duk khusyuk makan dedak dlm pasu yg aku sediakan utk merpati aku.  Punya la ramai jemaah mereka sampai penuh bekas tu.. saiznya pulak mmg gadang2 belaka.... aku rasa kalau timbangpun mau 7-8 ekor sekilo tu.. mcm puyu siam dah beratnya.  Kalau laku jual aku dah untung ni.. tp aku ada jugak terpikir nak jual tikus ni buat makanan ular. Sekor rm3.. hehe buleh ke? Duitnya buat beli dedak, ganti balik dedak yg mereka2 ni makan selama ni haha.. bernas jugak idea aku ni.. ok mulai sekarang sapa nak tikus sihat, gemuk dan mempunyai ikatan kekeluargaan yg tinggi boleh la hubungi aku.. sekor rm3 jer.. gerenti ular tu sihat :)  So bermula semalam aku dah mula design perangkap tikus, sendiri punya design sbb dah byk kali aku try yg beli kat kedai tu susah betul nak kena, tikus zaman sekarang dah cerdik dah.. bila aku pasang perangkap aku ni mula2 dapat la sekor, pagi ni aku dapat 5 ekor terus.. wah lumayan betul tu.  Kalau boleh buat gulai dah satu kuali dah tu.. tahan sampai malam hahaha.. ni ada aku uploadkan gambar2 tikus yg kena perangkap aku ni buat tatapan korang.  Sihat2 tikus ni. mata teranggg jer haha.

How To Get Rid of Rats In My Farm

Hi to everybody.. since my blog was visited by other countries so starting from now I will try my best to write in English. Actually I am not very good in English writing but I believe that you can understood my words :).. or beside you'll leave my blog from the beginning hahaha. Today I would like to briefly write about rat attacks in my farm. For me this is a very very big problem. To be frank, I buried so many chicken and birds since this things start to homing my farm. By eating the fowls feed, they growing faster and become very good in breeding. So if I am not doing something to control them, may be in the future I have to change my birds farm into rats farm. So sad :(... To eliminate them, I use rat trap that I made it myself.. using my creativity (if that the right words haha) I started to develop the trap. Luckily, I succeed hahaha... hahaha... and hahaha again. Good by my little friends, you'll be very tasty lunch for pythons (my friend have 2 of them). Yesterday I got 5 of them, trapped in my lovely and creatively rats trap. Good.. I'll trapping rats for the rest of my life after this hahaha. Below are the rats that trapped successfully.

Sunday, June 24, 2012

Kedai Anizam Agrofarm Enterprise

Salam kepada semua pelawat blog aku ni, kali ni ada beberapa keping gambar yg sempat aku snap kat kedai aku.  Kedai ni bukan aku bukak pun.. aku buat simpan n biakkan ayam n merpati jer.. jadik kalau ada sesaper yg nak pi kedai aku kena la call aku dulu utk tgk burung atau ayam aku tu.  Oleh sbb kedai ni aku tak bukak utk public so aku tak la kemaskan atau susun cam sebuah kedai.  Jadik masih berselerak la sekarang ni.  Apapun merpati n ayam2 aku tu masih bertelur n biak dgn baik walaupun aku tak sempat kemas.  Bukan takder niat nak kemas, cuma progress tu slow skit :)... setakat ni aku ada 24 sangkar kat kedai dgn 20 darinya dah ada isi.. namun begitu aku masih mencari induk merpati dan ayam untuk dibiakkan kat kedai.  Bukan apa, alang2 ada kedai ni kena make sure fully utilized la hehek.. takkan bayar sajer jer kut.  Minggu depan insya Allah akan masuk lg 2-3 pasang baka baru kat kedai aku ni cuma yg menjadi kerisauan aku bila time raya nanti sapa pulak la nak jaga makan minum pets aku ni... nak jer aku upah wak tukang kebun aku tu tp belum tanya lg la setakat ni, harap dia tak balik indon la.. kalau dia balik jugak alamat kena pikir plan B la pulak.  Seminggu jugak la aku nak kena tinggalkan depa ni... kakak sebelah kedai aku ni org Ganu so aku tak rasa dia tak balik beraya... tp apapun akan aku usahakan utk pastikan pets aku selamat nanti.  Oklah kat bawah ni beberapa keping gambar yg sama jer cuma anglenya berbeza.. nanti akan aku tambah lg dari semasa ke semasa.





Thursday, June 21, 2012

Modern Rosecomb - Baka baru di Anizam Agro Farm



Salam kepada semua pelawat blog aku, dah lama aku tak posting.. sibuk dgn budak2 ADTEC ni nak final exam.  Ni depa dah nak abih final so ada masa skit la :)  Kali ni aku nak berbicara ttg ayam kacukan aku.  Anak jantan yg baru mula galak.. dia ni adalah hasil kacukan antara pure modern game bantam jantan dan pure black rosecomb betina aku.  Kalau tgk betul2 byk kelainannya antara baka mix ni ngan mak bapaknya.. cuma aku tak puashati balungnya tu.. langsung tak rose.. aku tak tau la jadik bunga apa tp yg pastinya bukan bunga rose hahahak... ntah bunga taik ayam ke hapa tp aku akan usaha lg dgn mengacukkan jantan ni ngan betina rosecomb yg ori jugak.. tak salah mencuba :)  bulunya yg kurik tu mmg aku suka cuma kalau semua solid black lg bagus rasanya.. tp aku percaya akan muncul jugak anak yg body kecik berbulu rapat n keras bila aku kacuk sekali lg ngan pure blood rosecomb.  Insya Allah doakan aku supaya berjaya nanti. Kat bawah ada 2 keping gambar beliau :) dan gambar last sekali tu bersama isteri beliau iaitu modern game kacukan ayam hutan :).. kita tgk la anak dia jadik camner :)


Friday, June 1, 2012

Baka-baka Merpati D'Anizam Agrofarm

Salam kepada semua, kedai pets aku kat Kg Bukit Naga masih byk ruang kosong lagi, so minggu lepas aku ada bawak masuk beberapa pasang merpati seperti Black Mookee, Modena Blue Barred Gazzi, White Giant Runt dan Indian Fantail.  So sekarang aku dah ada  beberapa baka merpati termasuk white dove, American Fantail, English Pouter, Pomeranian, Santinet, Homer, Australian dan Reversewing.  Aku masih dalam proses mencari Capuchine, Jacobin,  dan baka-baka yang sesuai untuk pasaran musim ni.  Maklumlah.. bukan semua baka jadi idaman peminat merpati.  Baka-baka seperti pouter yg ada 'belon' tu mmg ada tempat di hati peminat merpati di Malaysia.  So nanti-nanti lah aku buru yg tu pulak, sbb modalpun leh tahan :) Kat bawah ni ada beberapa keping gambar berkenaan merpati yg ada di Anizam Agrofarm.

Pomeranian - Induk dah baru nak bertelur semula.
Santinet ( Induk Import ni... dah ada anak sekor n bertelur semula dah )
English Pouter - tgh ngeram dah.
Homer.. anak lagi ni baru 3 minggu rasanya.
Anak indian fantail.. mak ayah dia lupa lak nak amik gambar.
Giant runt.. muda lagi ni.
American fantail.. tgh ngeram.
Hana Spangle.. tgh nak bertelur dah sbb dah induk beberapa kali.
Mookee.. tg buat sarang, burung muda.
Modena.. muda lagi ni.
Lahore.. induk dah, baka awal di Anizam Agrofarm.

Saturday, May 26, 2012

Anak Ayam Arab

Salam kepada penternak ayam sekalian, aku punya telur ayam arab yg aku eram dulu tu dah pun tetas.. Dari 100 biji yg aku beli tu, 2 drpnya retak.. so tinggal 98 bijik.  Dah eram seminggu n lepas suluh, cuma 74 biji yg ada benih.. dari 74 biji tu cuma tetas 68 ekor dan sekarang ni aku tengah bela la supaya sempat dewasa.. harap byk la betina hendaknya.  Lg 6 bulan baru nampak hasil tu :) Kat bawah ni adalah foto2 anak2 ayam tu..









Wednesday, May 23, 2012

Merpati Reversewing D'Anizam Agrofarm

Salam 1 Malaysia n salam perpaduan kepada semua pelawat blog aku ni... semalam aku berjaya membeli sepasang induk merpati Reversewing yang menjadi idaman aku sejak baka ini mengibarkan saypya di Malaysia. Walaupun harganya 'boleh tahan' tp aku berjaya jugak mendapatkannya hasil jasa baik pemilik asal yang sgt prihatin. Mulanya aku tempah anak jer, tp time pegi nak ambik anak tu rupa2nya sekor jatuh sakit.. nak ambik anak yg pair lain masih kecik lg, bulu pun tak tumbuh lg.. so si pemilik melepaskan induknya untuk aku.. mmg langkah kanan. Alhamdulillah n aku ucap berbanyak2 terima kasih kepada si pemilik asal pasangan Reversewing ini. Mengikut kata beliau rekod anak pasangan ini yang lepas adalah samada sekor hitam n sekor merah atau dua2 merah.. tp baru 2-3 kali bertelur so aku harap ada la yg kuar kuning cam mak dia n kalau untung ada biru :) walopun agak mustahil tp kuasa Allah siapa yg tau nanti. Mengikut kata beliau lg, Reversewing ada 4 kaler utama dan harga paling rendah adalah hitam, diikuti merah, kuning dan paling mahal biru. Tp kat Malaysia aku tak pasti ler warna mempengaruhi harga, aku masih budak dalam ternakan fancy pigeon ni. Di bawah ni aku sempat ambil beberapa keping gambar semasa baru jer bawak balik burung tu.  Please enjoy the photos !!




Tuesday, May 22, 2012

Silver Sebright Betina Untuk Di Jual (SOLD)



Salam semua, 2 ekor anak sebright betina kat atas tu aku nak jual.. umur dah 2 bulan setengah, 2 ekor = RM400.  Sesiapa yg berminat call/sms aku di 012-5245002.  Baka mmg dijamin ori.. :)