Sunday, August 29, 2010
Incubator Raya
Wednesday, August 25, 2010
Talam Makan Untuk Budgie

Utk pengetahuan korang, urusan jualan anak ayam n itik aku hentikan dulu (pengeramannya) sbb nak balik cuti raya.. lepas raya nih aku mula balik.. sekarang seronok duk fokus aviary la plak.. aviary aku ni pun baru jer mula.. baru masuk serama sepasang, punai sepasang, merpati Indian Fantail sepasang n budgie sepasang.. ingat nak balik kg raya nih nak cari budgie lg.. kat perlis atau alor setar harga masih rendah tambahan pulak kalo dpt dari local breeder.. jadi sesapa dari kedah n perlis yg nak jual budgie kat aku bgtau la.. akan ku cari mereka nih sampai ke lubang cacing :)...
Burung punai ni liar giler, mesti yg jual kat aku tu tangkap kat hutan.. nyesal jugak beli.. sekarang nih aku kurung dalam sangkar kecik dulu, nampak makin hari, makin ok skit.. sebelum balik raya boleh la lepas dalam aviary.. lepas ni tobat dah tak beli burung liar lagi..
Monday, August 23, 2010
Puyuh n Aidilfitri
Hari ni aku pi tgk anak2 puyuh tu n terkezut jugak sbb dalam masa 2 minggu dah besar panjang dah budak2 tu.. hampir sama dgn puyuh dewasa dah. Patut la ternak puyuh ni boleh untung, dalam masa 45 hari dah bertelur.. untung2.. ni nak cuti raya n en azmi kelam kabut skit sbb tak tau mcmana nak set bekas makan n minum puyuh ni memandangkan dia nak bercuti raya selama dua minggu. Buatnya makanan n air habis dalam masa tu, alamat kojol la pepuyuh dia tu.. so aku ada bagi cadangan n design baru untuk auto feeder yg takyah pakai elektrik.

Simple jer tp berkesan, aku guna pakai utk ayam serama aku n beburung dalam aviary aku. Ni dah masuk hari ke lima, nampaknya sgt efisen.. tahniah utk aku :) .. kalo korang nak tgk bolehla.. ada gambar aku upload kan.. bahan2 pun murah jer.. ringkas dan senang servis serta tahan lama.. cantik pun ye jugak so tak la tercemar keindahan aviary aku…

Itu utk makanan. Kalo untuk air pulak aku mmg pakai yg jual kat kedai tu jer… burungpun tak berapa ekor so kalo penuh satu bekas tu boleh tahan 3 minggu.. lapang la dada.
Tuesday, August 3, 2010
Merpati - Indian Fantail
Merpati Indian Fantail yang ada di rumah En Jalil.
Merpati yang aku beli, sepasang - masih dalam kotak plastik utk dihantar ke Shah Alam.
Wednesday, June 23, 2010
Penyebab Kematian Embrio

Bakteria
Adakalanya bacteria menjangkiti telur dan masih boleh menetas dengan baik namun anak ayam tersebut akan menjadi pembawa bacteria tersebut sepanjang hayatnya. Kulit telur mempunyai lubang-lubang halus yang mana bacteria kecil masih dapat memasuki telur dengan mudah. Chlamydia psittaci adalah sejenis bacteria primitive yang boleh diturunkan oleh ibu ayam ke dalam telur, bacteria ini mampu membunuh embrio jika ia dalam kuantiti yang banyak. Rawatan adalah dengan menyuntik telur dengan doxycyline. Pemberian doxycyline secara oral kepada anak ayam juga boleh merawat penyakit ini dari diturunkan ke generasi akan datang. Satu lagi bacteria penyebab kematian embrio adalah Salmonella, bacteria ini menyebabkan anak ayam sgt lemah dan gagal untuk keluar dari kulit telur di akhir pengeraman. Bakteria ini mampu memasuki liang telur dan juga masuk menerusi ibu ayam. Terdapat juga jenis-jenis bakteria Staphylococcus juga berupaya membunuh embrio. Bakteria Staph. Aureus boleh membunuh embrio dalam tempoh 48 jam. Bakteria Staph. Faecalis mampu member kesan kepada 50% perkembangan embrio. E. coli adalah bacteria yang biasanya dijumpai dalam haiwan. Ia mampu memasuki telur dengan dua cara iaitu melelui ibu ayam dan kulit telur. Kotoran dalam sarang dan sangkar menjadi penumbang utama jangkitan bacteria ini. Kebanyakan embrio yang dijangkiti E. coli akan mati pada akhir pengeraman atau sebaik sahaja lepas menetas.
Mycoplasma
Viral Disease
Contohnya virus Newcastle Disease yang menjangkiti induk ayam juga boleh memasuki telur yang dikeluarkan oleh ayam tersebut. Namun begitu, kenyataan ini tidak kritikal kerana ayam yang dijangkiti virus ini akan berhenti bertelur dengan segera. Cuma yang perlu dirisaukan adalah telur yang terdedah kepada udara bervirus mungkin akan mencemarkan suasana dalam incubator dan seterusnya merebak kepada anak yang baru menetas.
Monday, June 14, 2010
Rocky Jr dan isterinya..


Menurut syahrul, kalau diturunkan anak Rocky Jr dgn dara ni mmg ada anak yang bakal gempaq.. harap-harap masin la mulut syahrul :) Sekarang ni Rocky Jr dah ada bini.. lupa plak nak bagi nama kat bini dia nih.. nanti aku tanya bini aku nak bg nama apa. Hehehe..
Thursday, June 3, 2010
Model Baru Incubator 2010


Selain dari kotak tersebut, aku juga ada tambah tali penahan pada pemasangan kotak supaya bumbung boleh ditegakkan dan ini adalah satu upgrading yg diminati oleh para pelanggan aku. Setakat hari ni aku dah jual hampir 30 unit incubator design baru ni dan mmg ada pelanggan yg dah beli 2-3 unit secara berperingkat menunjukkan keboleharapan design baru ni setanding dgn design lama dulu.
Begitu juga bagi incubator automatik, juga dgn muatan 100 biji telur ayam, aku dah upgrade dgn penggunaan motor yg lebih tahan lembapan, punyai daya kilas yg tinggi serta rpm yg lebih rendah. Oleh kerana motor ini diletakkan dalam incubator maka dedahan kepada lembapan tidak dpt dinafikan, oleh itu motor mestilah tahan terhadap lembapan ini tanpa byk komponen yg boleh karat dgn cepat. Daya kilas yg tinggi dpt memastikan telur-telur dialihkan dgn baik tanpa member kesan beban yg memendekkan jangkahayat motor. Manakala rpm atau kelajuan pusingan motor yg rendah dpt memberi kelembutan dalam aktiviti memusingkan telur. Kadar pusingan telur adalah sgt kerap membuatkan mesin ini mempunyai peratus penetasan yg sgt tinggi selain memudahkan pengguna.
Lagi satu hal adalah berkenaan jaminan atau warranty, aku mmg bagi jaminan 6 bulan kat pelanggan aku, bukan apa. Aku tak boleh nak rendahkan harga sbb aku mmg buat setiap incubator aku dgn sgt teliti dan kemas, ditambah pula dgn komponen-komponen yang berkualiti tinggi yang mmg mahal, so utk menguntungkan lagi pelanggan aku dgn harga yg aku tawarkan, aku bagi la warranty kepada mereka. Tak la diaorg rasa ralat sgt. Ye la kan, dah keluar duit ratus-ratus takkan pakai 2 bulan dah kong pun takleh ganti part baru secara percuma.. kesian kat pembeli.
Selain itu jugak, aku ada buat incubator untuk hanya 60 biji telur khas untuk beginner dalam aktiviti penetasan ni.
