Tuesday, November 16, 2010

Merpati Lahore dari Pakistan.

Salam, hari Ahad lepas aku menerima sepasang merpati Lahore dari En Man di Sungai Petani, dia hantar pakai bas ke hentian kajang lepas tu aku amik la.. sepasang jer aku beli pun, saja nak buat baka. Merpati ni anak lg, jinak giler.. siap boleh main-main n tak lari or terbang pun.. mkn kat tangan lak tu.. ni gmbar merpati yg baru aku terima tu..



Aku suka merpati ni sbb dia kiut miut, cam pengguin hehe.. harap menjadi la pembiakan merpati ni di aviary aku.. Di bawah ni ada aku translatekan sedikit maklumat berkenaan merpati jenis Lahore ni.. bagus utk sesi pengenalan :)

Asal-Usul
Merpati Lahore berasal dari Lahore, Pakistan. Ianya diimpoert ke Jerman sekitar tahun 1880 dan menjadi popular dikalangan peminat merpati pada awal 1960-an. Merpati jenis ini biasanya ditemui di kawasan Iran dan adalah salah satu jenis merpati yang mempunyai beraneka warna. Ia pernah dibiakkan untuk dagingnya di Parsi ttp pada hari ini, ia dibiakkan lebih kepada tujuan hiasan. Sifatnya yang tenang, jinak dan lemah-lembut membuatkan ia sesuai untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.

Penampilan
Merpati Lahore adalah salah satu jenis merpati yang besar iaitu lebih kurang 10.5 inci tinggi dan 11.5 inci panjang ketika dewasa. Dari bahu ke bahu pula, ukurannya mencecah 5.5 inci. Corak badannya pula adalah sangat unik di mana ia terhasil daripada warna latar putih dengan tompokan warna sekunder yang bermula dari bahagian atas paruh melewati atas kepala hingga ke bahagian atas kepak. Bahagian dada dan ekor akan kekal putih menjadikannya kelihatan seperti pengguin. Corak ini membuatkan harganya melambung tnggi di kalangan peminat merpati di dunia.
Bahagian leher burung ini pula mempunyai bulu yang tebal menjadikan ia kelihatan besar, bulat dan gemuk. Manakala bahagian kakinya pula berbulu putih seakan memakai stokin.

Merpati Lahore dibiakkan dalam pelbagai warna sekunder seperti hitam, kelabu, coklat, Blue Barred, Cream Barred, Mealie, Silver Barred, Silver Chequer, merah, Stencil, Schwarz dan kuning.

Kelakuan
Sepertimana merpati jenis lain, merpati Lahore juga dikenali dengan sifat jinak, lemah lembut dan pemalu di samping dapat menjadi haiwan peliharaan yang jinak.

Di bawah ni ada aku sertakan foto berkenaan variasi warna merpati ini, mungkin ada lagi variasi warna lain yang ada pada merpati jenis ini selain yang aku tunjukkan ni..

Yellow ( Kuning )

Stencil

Silver Chequer

Silver Barred

Red ( Merah )

Mealie

Cream Barred

Blue Barred

Schwarz

Black

Monday, November 15, 2010

Perihal ayam mutiara, white leghorn, ayam laga, serama n giant cochin.

Salam sejahtera buat semua, semalam sekali lagi aku pi geledah sarang ayam mutiara untuk ‘curik’ telur, tambahan pulak hampir setiap hari hujan jer.. risau takut telur kena air n tak tetas. So semalam setelah digeledah dapatlah dalam 24 biji tp bila aku suluh, 2 drpnya dah tembelang.. ada sekor ibu ayam dah mula ngeram atas telur-telur tu tp baru jer sehari dua.. jd takder la embrio terhasil lg.. yg tembelang tu mungkin telur lama yg aku simpan buat umpan sarang. Di bawah ada aku sempat snap foto sarang ayam mutiara tu n kebetulan ada ibu ayam tgh duduk atas telur, bukan main bising lg dia bila tgk aku kutip telur dia.. hehe.





Ptg semalam aku dpt jugak dalam 10 biji telur ayam white leghorn kacukan aku yg pernah aku post dalam blog ni dulu. Telurnya tak sebesar telur ayam white leghorn ori, Mula ingat white leghorn ori tp rupanya kena trick :( .. dah terkacuk ngan ayam kampung agaknya.. kesian aku. Dah tu penjualnya takmau bertanggungjawab pulak tu.. Selebihnya adalah telur ayam laga baka Thai, aku try jugak nak eram mana tau dpt kuar anak.. mesti best hehe. Di bawah ni adalah telur-telur yg aku kutip semalam, dah selamat duk dlm incubator, lg 5 hari aku suluh la utk tgk benih, harap byk la yg menjadi..





Sementara tu, telur ayam mutiara yg aku eram terdahulu ( first batch ) dah tetas.. sekarang tgh lepak dalam bekas didik. Di bawah adalah gambar dia.. dah ada org booking semua.. laju betul lakunya.




Selain tu, aku suka jugak nak update perkembangan terkini ttg serama aku, setakat ni serama betina aku baru mula bertelur, alhamdulillah telur cukup sifat dan sempurna, harap tetas la nanti.. gambar induk, bapa serama n telur ada kat bawah ni..




Di bawah pula adalah ayam Giant Cochin aku yang dah byk pertumbuhan berbanding masa beli dulu.. dah besar n berisi.. setakat ni sihat lah.

Monday, November 1, 2010

Penetasan Puyuh

Salam n selamat sejahtera, lama jugak tak tulis kat blog, sibuk ngan kejer opis.. ni dah lega skit boleh la menulis. Pada 20 Okt lepas aku ada masukkan satu batch telur ayam mutiara n satu batch telur puyuh utk penetasan. Kalo tak silap telur ayam mutiara tu dalam 53 biji jugak n telur puyuh dalam 40 biji. Semua telur ni dikutip atas tanah n ada yg kena hujan. Tambah-tambah telur ayam mutiara tu, ikut suka jer dia bertelur, dalam semak la, dalam hutan la.. dugaan wooo nak cari telur dia. Di bawah ni foto telur dalam inkubator yg telah aku masukkan dulu.



Lepas seminggu aku suluh la telur ayam mutiara tu. Waduhhh... kecewa sbb dari 53 biji tu cuma 23 biji jer yg ada benih. Ini bermaksud telur ni mmg tahan hujan tp cuma pejantan mungkin tak cukup sbb ada sekor jer manakala betina nya 6 ekor. Sian mereka... Maksudnya 30 biji telur ayam mutiara yg berharga tu terpaksa aku buang mcm tu jer.. rugi wooo.. jadi sekarang aku tgh tunggu telur-telur tu menetas la pulak.. target date mungkin sekitar 9 November ni la..
Di bawah ni telur ayam mutiara yg aku buang :(


Bagi telur puyuh pulak tak dapat la aku nak buat suluhan, sbb payah aku nak nampak melalui kulitnya yg bertampung-tampung tu.. kalo nak suluh jugak mmg nampak tp sifat malas telah memainkan peranannya dgn baik paa ketika itu.. hahaha. Target date bg telur puyuh ni tetas pulak adalah sekitar 5 November ni. Ttp biasala inkubator aku ni kerap mendahului tarikh, telur puyuh yg sepatutnya menetas 17 hari dieram tu hari ni dah menetas, ini bermakna inkubator aku ni menetaskan telur puyuh hanya setelah 12 hari dieram. Anak-anak pulak sihat walafiat. Alhamdulillah.. tak bermaksud aku mengubah peraturan Allah SWT ttp mungkin ini jugak la ketentuan Allah apabila setting inkubator dibuat dengan betul.
Anak puyuh yg baru menetas.. laju gila dia lari-lari dalam inkubator.


Dengan terjadinya kes ni aku mula tertanya-tanya, bagaimana dgn telur ayam mutiara pula ? Adakah akan menetas awal jugak mcm telur ayam belanda, itik dan ayam kampung yg pernah aku buat sebelum ni. Rekod telur ayam kampung adalah 14 hari dah menetas, ini rekod paling cepat perbah dibuat oleh inkubator aku. Mula-mula aku takut jugak sbb menetas awal sgt, bimbang anak akan lembik, berpenyakit dan kurang daya tahan. Tp bila tgk anak ayam menetas, membesar dan membiak pulak tu so aku teruskan dengan setting yg aku buat tu hingga sekarang. Alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka...

Wednesday, September 29, 2010

Ayam Giant Cochin Dari China

Salam satu Malaysia kepada para pelawat dan follower blog aku nih, hari ni aku telah menerima sepasang ayam idaman aku sejak sekian lama, mungkin korang tak tahu bahawa baka ayam kat Malaysia ni sebenarnya byk cuma pembiaknya (breeder) sahaja yg tak berapa ramai, baka-baka seperti white leghorn, orpington, brahma dan sebagainya ( akan aku ceritakan dalam post yg seterusnya ) telah berkembang biak di Malaysia oleh breeder yg tertentu, dalam 3 bulan lepas aku terjumpa cantact number en zakaria dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan breeder bg baka ayam dan burung exotik.. Bila berborak dgn en zakaria melalui telefon semacam dah kenal lama, mungkin kerana en zakaria ni low profil dan tak suka bermegah2.. sgt kurang publisiti beliau di internet, tak hairanlah kalau tak ramai org tahu bahawa beliau membiakkan pelbagai spesies unik yg jarang diperolehi. Salah satu baka ayam yg menjadi buruan aku adalah baka ayam Giant Cochin yg berasal dari negara China, baka yang mampu membesar hingga seberat 6 kg / ekor ( jantan ).. selain besar dan berat, faktor utama aku memilih baka ini adalah kerana ia mampu menjadi haiwan kesayangan yg baik, jinak dan mempunyai bulu yg sgt cantik. Rujuk gambar-gambar bentuk badan baka Giant Cochin di bawah ni..






Harapan aku memiliki baka ini adalah utk pembiakbakaan, setelah aku berjaya membiak ayam ini, aku akan kongsikan baka ini dgn abg aku utk meluaskan lagi pembakaannya.. Ini adalah bagi mengelakkan baka ini hilang jika berlaku apa2 di reban aku nanti. Ayam Giant Cochin yg aku terima dari en zakaria ni masih baby lg.. mau la 9-10 bulan baru matang ( dekat setahun tu.. ). Tp tak kisah, ini memberi peluang kepada aku untuk menjalankan kajian ke atas ayam2 tu.. aku mungkin akan membuat cross-breed terhadap baka2 yang aku ada untuk menghasilkan baka2 baru yg lebih produktif dan mempunyai nilai estetika yg tinggi. Walaupun proses kacukan ini mempunyai risiko masalah kesuburan ke atas anak ayam yg dikacuk, namun seseorang harus melakukan kacukan ini supaya kita mempunyai kesinambungan dalam perjuangan dalam bidang penternakan. Aku ni pulak jenis suka mencuba sesuatu yg baru, so kenalah dgn hobi aku nih.. :) Berikut adalah gambar sepasang anak ayam Giant Cochin yg baru aku terima dari en zakaria, harap dua2 ni akan hidup dan berkembang biak di reban aku... Aminnnn...


Di atas ni adalah anak ayam betina.. dan yang bawah ni pulak adalah anak ayam jantan.

Thursday, September 23, 2010

Reban Ayamku D Kampung

Salam syawal buat semua... selama bercuti raya yg lepas, aku sempat la belek2 semula reban ayam lama aku. Yang aku usahakan sekitar thn 2004 - 2005.. reban ayam daging sebenarnya. Tp dah convert jd reban ayam kampung setelah aku terpaksa berhijrah ke Miri, Sarawak pada awal 2006. Reban ni luas la jugak dan sangat kukuh memandangkan aku gunakan kayu yg thn lama dan ikat pakai bolt n nut lagi... lepas aku diarah ke Miri, aku modified la reban tu jadi reban ayam kampung kat tapak asal reban kecik yg lama.. dulu ayam kampung ori aku bela jugak, cecah ratusan ekor jugak.. tp sekarang ni dah tak byk.. ye la.. tinggal mak n ayah aku jer kat kg.. tak sempat nak tgkkan ayam kalo byk2... dulu kalo aku panggil jer.. kruu.. kruuu.. kruuu.. berduyun-duyun terpa datang.. tp cuti baru ni aku try la buat mcm tu, bukan ayam2 tu nak dtg, bertempiaran lari ada la.. sedih betul dgn akhlak ayam kg kat rumah aku tu.. mungkin ayah aku terlupa nak ajar cara panggil ayam tu kut.. maklum la ayah aku sibuk juga dgn kebun tepi sungainya... Di bawah ni la foto reban ayam aku yg tak mcm reban ayam dah tu...



Di bawah ni pula adalah reban ayam serama aku yg aku buat pada tahun 1997 dulu.



Berikut pula adalah barang2 ternakan ayam yg bersepah sbb tadak sapa pedulik lg dah..






Ini pula adalah ibu-ibu ayam yg masih produktif di reban lama tu..






Sunday, September 19, 2010

Misi Memburu Budgie

Salam aidilfitri pada semua, dengar tajuk aku kali ni mcm gempak jer.. sebenarnya dari sebelum balik kampung sempena raya lagi aku dan abg aku (Abg Mail) dah plan nak cari burung budgie kat area Alor Setar tu.. maklumla, harga kat sana berbanding kat sini hampir separuh lebih murah.. kalo kat sini dapat RM 70 - 80 sepasang, kat Kedah cuma RM 40 sepasang.. langkah pertama dimulakan oleh abg aku ketika dia berkunjung ke Perlis melawat saudara sebelah kakak ipar aku.. nak dijadikan cerita, abg aku ni tersinggah di kedai burung Perlis tu.. dia ada ckp sblm pi Perlis tu, kalau ada burung cantik dia belikan dulu utk aku.. aku iyakan jer sbb abg aku ni mmg pandai nilai budgie nih.. sbb kat rumah dia pun dah mula biak dari 4 kepada 12 ekor.. jadi ptg tu aku plan nak jumpa kat rumah org tua aku utk tgk budgie yg dibeli.. mmg aku suka warna dia. Warna based adalah putih dan ada tona kuning di kepala dan ekor (spt foto di bawah).. sgt cantik bg aku. Dua2 betina pulak tu... mmg bertuah la aku. Hrp dpt byk anak lps nih.. untung2 jadi albino atau lutino... jadi sekarang aku dah ada 4 ekor budgie, satu hijau, satu pure kuning dan dua yg aku sebut tadi.


Pada petang 14 hb tu aku n abg mail drive pulak ke rumah pak sedara kami yg aku panggil pak ndak, dia ni mmg dasat sbb dah lama bela n induk pun byk.. mcm2 warna ada tolak pure white jer takder lg.. dari dia aku dapat la 3 pasang.. siap masuk sangkar tangkap sendiri tuu.. sangkar diapun besar so boleh la aku masuk dan mengamuk dalam tuu.. hehe.. mujur dia suruh aku keluar lepas dapat 3 pasang tu.. kalo tak mmg aku tangkap lagi : ) Foto sangkar dan burung kat rumah pak ndak aku seperti di bawah ni..






Pada keesokan harinya aku n abg aku berkunjung pula ke satu lg tempat biak budgie iaitu di Lorong Seri, Alor Setar.. sangkar budgie milik en shabani, seorang guru. Mmg bukan calang2 cikgu nih, dia ada lebih kurang 5-6 sangkar besar utk pelihara budgie, kat depan n belakang rumah semua ada budgie.. lama giler aku n abg aku borak ngan dia sbb kebetulan abg aku ni pun cikgu jugak.. lgpun ckgu shabani ni byk info.. dari cikgu shabani aku dapat 2 pasang so total budgie yg ada kat aku sekarang utk dibawa balik ke Bangi adalah 12 ekor.. dari cikgu shabani aku dapat salah satunya hampir pure white.. sbb ada watermarks biru pada belakangnya.. Berikut adalah foto reban burung en shabani..





Di bawah adalah himpunan 12 ekor budgie yg berjaya diburu dalam perburuan kali ini.. esok hantar Shah Alam masuk aviary aku :) hehehe...


Friday, September 3, 2010

Senarai Makanan Haram - AWAS !!

Salam Ramadhan kepada semua pelawat blog ini... seminggu dua ni aku agak resah dgn isu halal haram makanan yg kita makan sehari-hari.. tambahan pula mmg kita mcm tak dpt mengelak untuk terjumpa benda2 tu dalam kehidupan kita.. mana kita pegi pun mesti ada.. Jadi aku bila terjumpa petikan ni di internet, terus aku cuba jlnkan kewajipan aku utk hebahkan kpd umum melalui blog aku nih.. itu jer yg mampu aku buat setakat ni. Bukan apa, korang pernah terpikir tak kenapa masyarakat zaman sekarang tak sesopan dulu dan kurang peka kpd ibadat.. mcm2 kejadian pelik berlaku kat masyarakat kita. Salah satu sbb aku rasa adalah makanan yg mana puncanya tak bersih ni lah, dulu tak perlu mkn mi segera, fastfood, chewing gum dsb utk hidup.. cukup hanya makan nasik n benda2 segar yg lain. Pendek kata kalau makanan kat rumah tu mesti yg buat sendiri, tak perlu beli.. dari awal kita tau dah bersih baik dari segi campuran bahan dan kaedah buatan.. berbeza pada masa sekarang yg hampir semua nak beli, dari makanan dlm tin hingga yag dimasak di kedai.. Ikuti petikan ini.

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI
( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam16. Sabun Mandi Yang Berminyak
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN
( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Uba
t13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3. MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.