


Di bawah ni adalah bekas makanan yang aku buat sendiri hasil dari tinjauan di internet, mmg sgt berguna terutama time aku balik kampung berhari raya dulu.. cam penyelamat dunia la kiranya dia ni..
Di bawah ni pula adalah ayam kesayangan aku, tak lain n tak bukan adalah Giant Cochin aku yang baru berusia 4 bulan, dah sama saiz ayam gajah dah.. sbb bulu tebal n lembut serta gebu.. mmg best layan ayam ni.. manja giler.. aku tunggu lagi 6 bulan utk pembiakbakaan.. :)
Friday, December 31, 2010
Anak Burung Budgie Dah Tetas
Saturday, December 25, 2010
Ayam Brahma Nak Let Go (SOLD)
Budgie Mula Bertelur





Anak Ayam Mutiara
Anak Serama Baru Menetas

Tuesday, November 16, 2010
Merpati Lahore dari Pakistan.

Aku suka merpati ni sbb dia kiut miut, cam pengguin hehe.. harap menjadi la pembiakan merpati ni di aviary aku.. Di bawah ni ada aku translatekan sedikit maklumat berkenaan merpati jenis Lahore ni.. bagus utk sesi pengenalan :)
Asal-Usul
Merpati Lahore berasal dari Lahore, Pakistan. Ianya diimpoert ke Jerman sekitar tahun 1880 dan menjadi popular dikalangan peminat merpati pada awal 1960-an. Merpati jenis ini biasanya ditemui di kawasan Iran dan adalah salah satu jenis merpati yang mempunyai beraneka warna. Ia pernah dibiakkan untuk dagingnya di Parsi ttp pada hari ini, ia dibiakkan lebih kepada tujuan hiasan. Sifatnya yang tenang, jinak dan lemah-lembut membuatkan ia sesuai untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
Penampilan
Merpati Lahore adalah salah satu jenis merpati yang besar iaitu lebih kurang 10.5 inci tinggi dan 11.5 inci panjang ketika dewasa. Dari bahu ke bahu pula, ukurannya mencecah 5.5 inci. Corak badannya pula adalah sangat unik di mana ia terhasil daripada warna latar putih dengan tompokan warna sekunder yang bermula dari bahagian atas paruh melewati atas kepala hingga ke bahagian atas kepak. Bahagian dada dan ekor akan kekal putih menjadikannya kelihatan seperti pengguin. Corak ini membuatkan harganya melambung tnggi di kalangan peminat merpati di dunia.
Bahagian leher burung ini pula mempunyai bulu yang tebal menjadikan ia kelihatan besar, bulat dan gemuk. Manakala bahagian kakinya pula berbulu putih seakan memakai stokin.
Merpati Lahore dibiakkan dalam pelbagai warna sekunder seperti hitam, kelabu, coklat, Blue Barred, Cream Barred, Mealie, Silver Barred, Silver Chequer, merah, Stencil, Schwarz dan kuning.
Kelakuan
Sepertimana merpati jenis lain, merpati Lahore juga dikenali dengan sifat jinak, lemah lembut dan pemalu di samping dapat menjadi haiwan peliharaan yang jinak.
Di bawah ni ada aku sertakan foto berkenaan variasi warna merpati ini, mungkin ada lagi variasi warna lain yang ada pada merpati jenis ini selain yang aku tunjukkan ni..
Yellow ( Kuning )
Silver Barred
Red ( Merah )
Mealie
Cream Barred
Monday, November 15, 2010
Perihal ayam mutiara, white leghorn, ayam laga, serama n giant cochin.



Ptg semalam aku dpt jugak dalam 10 biji telur ayam white leghorn kacukan aku yg pernah aku post dalam blog ni dulu. Telurnya tak sebesar telur ayam white leghorn ori, Mula ingat white leghorn ori tp rupanya kena trick :( .. dah terkacuk ngan ayam kampung agaknya.. kesian aku. Dah tu penjualnya takmau bertanggungjawab pulak tu.. Selebihnya adalah telur ayam laga baka Thai, aku try jugak nak eram mana tau dpt kuar anak.. mesti best hehe. Di bawah ni adalah telur-telur yg aku kutip semalam, dah selamat duk dlm incubator, lg 5 hari aku suluh la utk tgk benih, harap byk la yg menjadi..

Sementara tu, telur ayam mutiara yg aku eram terdahulu ( first batch ) dah tetas.. sekarang tgh lepak dalam bekas didik. Di bawah adalah gambar dia.. dah ada org booking semua.. laju betul lakunya.
Selain tu, aku suka jugak nak update perkembangan terkini ttg serama aku, setakat ni serama betina aku baru mula bertelur, alhamdulillah telur cukup sifat dan sempurna, harap tetas la nanti.. gambar induk, bapa serama n telur ada kat bawah ni..

Di bawah pula adalah ayam Giant Cochin aku yang dah byk pertumbuhan berbanding masa beli dulu.. dah besar n berisi.. setakat ni sihat lah.






