Salam, semalam aku check sangkar mini cochin aku.. terjumpa sebiji telur, bestnyerr la.. lama aku tunggu mini cochin kesayangan aku ni bertelur.. last2 menjadik jugak.. harap ada benih. Walaupun sebelum ni aku ada kacuk si jantannya dgn silkie betina dan dah dikurniakan beberapa ekor anak, tp aku tak puas hati sbb bukan pure breed, so aku kali ni nak hasilkan anak pure breed buff mini cochin, tp kadang2 ada jugak org ckp, kalau ibu n bapaknya buff pun, anak2 tak semestinya semua buff.. ada yg akan jadik kelabu atau putih.. takper nanti kita tengok, menarik jugak tu.. setakat ni mmg aku tak rancang nak biarkan ayam betinanya ngeramkan telur tu, aku selalunya masukkan dalam incubator jer.. mudah kejer.. senang nak pantau. Kalau bg ibunya ngeram mcm2 boleh jadik, telur pecah ler, bapak masuk sarang n pijak telur ler, dah sepasang kena sediakan sangkar asing.. duit lg tu. Mmg semua telur ayam aku masukkan dalam incubator utk penetasan, baik silkie, serama, bantam mahupun giant cochin. Mujurlah aku ada incubator yg boleh diharapkan, kalau tak rugi kalau telur dah berbenih tp tak jadik anak sbb incubator selalu buat hal.. berbalik kepada mini cochin aku tu, sebenarnya aku ada trio, iaitu satu jantan dan 2 betina, tp yg sekor lg tu belum bertelur.. mungkin dalam bulan depan kut sbb nampak masih muda. Bloodlinenya tak sama dgn yg jantan membuatkan aku tertunggu2 nak crosskan dgn jantan ni supaya anak2 yg bakal lahir tu lebih menyerlah ke'cochin'annya hehe.. berikut aku sertakan gambar buff mini cochin aku ni :
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.