Saturday, July 2, 2011

Light Brahma

Salam n selamat sejahtera.. semalam light brahma yg aku oder dah sampai so akupun pi la amik.. En Suresh yg bertanggungjawab membawa masuk spesis-spesis unggas hiasan ni dari Holand mmg sgt2 byk membantu dan beliau mmg sgt profeional dalam melayan pelanggan. Sebenarnya dah lama aku oder ayam dari dia cuma tak berpeluang dia nak bawak masuk.. kali ni ada rezki aku so sambar la.. time aku melawat reban transit beliau dekat dengan kawasan tol Behrang, mmg luas jugak, yg ada kat situ adalah lembu, kambing, merak putih dan cameo, parrot dan ayam seperti black giant cochin serta light brahma. Beliau jugak bawak aku tgk kawasan dari depan ladang hingga ke belakang, mmg bagus dia ni. Tq buat En Suresh.. Berbalik kepada cerita light brahma aku tadi, ayam brahma ni berasal dari India sebenarnya tp sepengetahuan aku berdasarkan bacaan di internet, dulu ayam ni tak la sebesar n sedebab cam ni tp bila di bawa ke Eropah ia di kacukkan supaya dapat hasilkan daging dan telur yg banyak. Menyebabkan ia menjadi antara ayam terbesar dan terberat di dunia selepas Jersey Giant. Berikut aku sertakan gambar light brahma aku, umur baru dalam 4 bulan rasanya :








Ni pulak adalah standard light brahma yang aku copy dari internet.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.