Wednesday, March 13, 2013

Ayam Sakit Jantung !!??

Salam semua, tajuk aku kali ni bunyinya pelik tp benar... penyakit jantung biasanya kita dengar berlaku di kalangan manusia sahaja dan bukanny pada haiwan tambahan lah lagi pada ayam hahaha aku sendiri pun cam nak tergelak time menaip posting aku kali ni ok ok biar aku gelak dulu.. Fuhhh ok dah clear gelak aku.  Kenapa aku post pasal benda ni, mudah jer.. AAF selalunya akan post benda yg dia pernah alami dan cuba faham.  Ya betul.. dah byk kali ayam di AAF kena serangan jantung.  Ayam yg lepas makan atau lepas aku kejar ( sikit jerpun kejarnyer.. bukan jauh ) akan mengelepar n mati, muka biru n paruh terbuka.. kesian n terkejut aku dibuatnya.  Apa pasai? Sapa tau? AAF kaji.. kaji.. n kaji.. hehe bukan susahpun nak teka.  Sakit jantung la... apa lagi.  Sindrom yg sama seperti yg berlaku pada manusia cuma ayam takleh la minta tolong atau mengucap.. abih sgt bunyi kiok jer la.  Penyakit yang secara saintifiknya di panggil Ascites adalah salah satu cabang serangan jantung yg berlaku pada unggas akibat lebihan lemak dalam badan.  Serangan berlaku apabila kegagalan jantung untuk mengepam sejumlah darah ke paru-paru.  So ayam yg gemuk akan berpotensi hadapi masalah ni.  Dah jadi trend kat Malaysia, asal bela ayam jer mesti bg dedak penggemuk, yg paling femous dedak gemuk ni brand Gold Coin la.. yg kasar tu.  Mmg la ayam tu gemuk haha.  Sebenarnya kita kena tau tujuan kita bela ayam tu, kalau nak makan daging kita bg la dedak gemuk, kalau nak bagi bertelur elok dan berkualiti kita bagi la dedak telur.. jgn bg dedak gemuk, bila gemuk lemak byk n susah nak bertelur.  Paling menyedihkan kena lak sakit jantung.. kesian.  Lagi satu, penjagaan makanan ni bukan sahaja utk si induk betina tp juga penting utk pejantan.  Aku terperasan pernah aku beli ayam eksotik yg jantannya gemuk giler, kalau sembelih mmg boleh buat rendang hehe.. sebenarnya tak perlu segemuk itu dan adalah sgt bahaya sebenarnya.  Pejantan yg gemuk semestinya akan berat, dan bila pejantan yg berat tu panjat induk betina, si betina yg terseksa.. kebanyakkan kes adalah si betina akan mengalami sakit lutut atau mengah n kemudian sakit n gol.. kesian.  Sila pastikan si jantan tak terlalu gemuk n tak terlalu kurus.  Semua ayam aku aku dietkan, iaitu bukan tak bagi makan tp bg makanan yg betul.  Contohnya spt kita manusia yg selalu mkn nasik waktu malam akan gemuk, so just tukar dari makan nasik kepada makan buah atau serat jer.. sama kenyang tp sihat.  Begitu lah jug acaranya aku buat pada ayam2 eksotik aku, alhamdulillah semuanya mudah diurus dan membiak dgn baik.  Bukan aku nak riak ttp aku yakin ada kawan2 yg memerlukan petua ni untuk diaplikasikan di ladang2 mereka sbb tu aku tulis. Ingat, jangan jadikan ayam eksotik anda sebagai ayam pedaging !

8 comments:

  1. Artikal yg bagus, Betoi tu ada ayam yg sakit jantung. Semasa kecik-kecik dulu, ayah saya ada bela ayam daging, kalau musang ka datang ada ayam akan mati terkejut.
    saya bagi ayam eksotik bg makan tenukut sahaja,dedak semasa anak sahaja dan selang seli supaya dapat byk khasiat.save cost dan cepat membiak sbb tak gemuk sgt.

    ReplyDelete
  2. betul yang anizam tulis itu ....... baru baru ini saya berkesempatan ke satu ladang di sini ayamnya gemuk gemuk badan besar kepala kecil saya tengopun pelik ( mini cohcin dan bantan ) lagi pula ayamnya tak pernah telur....... kadang kala mati mengejut betul lah tu sakiy jantung tak control makanan

    ReplyDelete
  3. bagus kalau sama2 ada pengalaman.. boleh kita sebarkan petua2 ni kpd kawan2 penternak kita.. :)

    ReplyDelete
  4. ayam nie makanan kena jaga terutama yang breeder.. Kalau jantan teralalu gemuk nanti dia nak rabat/panjat pun malas.yang betina kalau gemuk sangat takut x fertile atau nanti akan jadi sindrom telur sangkut... terutamanya bagi bantam breed.. jaga2 lah.. makan ayam nie ada had dalam 120-200 gram je seekor... keperluan bergantung pada saiz.. yang large fowl maybe kena lebih kot sikit.. then makanan seimbang..banyakkan jagung2 bgi induk bertelur kerana tinggi energy dan krgkan yang berprotien.. jantan sekali sekala kena flush up dengan makanan berprotien.. coz air benih tu nak protein..hehe

    ReplyDelete
  5. Salam semua,kalo mcm sebright bg mkn gandum ok ke?atau ada diet lain yg lg baik?mintak pndgn en.nizam dan rakan2

    ReplyDelete
  6. Salam saya ada juga selang seli ngan gandum tp dalam dedak telur dah cukup semua dah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.