Apa itu fowl pox?
Fowl pox adalah sejenis jangkitan virus yang tersebar secara
perlahan di kalangan hampir semua spesis burung termasuk ayam. Jangkitan dalam
mulut adalah berupa tempelan keputihan pada bahagian lelangit mulut (versi
basah) manakala pada luaran pula, akan kelihatan tompokan kekuningan,
keperangan atau kehitaman di bahagian muka terutama pada balung ayam (versi
kering). Penyakit ini akan menyebabkan tekanan, pucat, hilang selera makan,
tumbesaran terganggu dan penurunan dalam pengeluaran telur. Kematian unggas
adalah disebabkan hilang selera makan dan kurang nutrien.
Apakah penyebab penyakit ini?
Fowl pox adalah disebabkan oleh virus dari keluarga Poxviridae
dari jenis Avipoxvirus. Ia boleh disebarkan secara udara dan sentuhan
iaitu melalui unggas itu sendiri, nyamuk dan kutu. Nyamuk adalah ejen paling
cekap menjalankan tugas menyebarkan virus ini. Apabila dijangkiti, ia boleh
kekal berada dikalangan kumpulan unggas yg sama selama berbulan-bulan lamanya.
Apakah kaedah pencegahan dan rawatannya?
Tiada rawatan khusus untuk fowl pox. Namun begitu untuk
jenis kering, aku selalu pakai ubat kurap cecair merah cap kaki tiga untuk
cepatkan proses penyembuhan atau boleh biarkan ia sembuh dgn sendirinya dalam
tempoh beberapa minggu. Manakala untuk jenis basah rawatan menggunakan MEDPET 4
in 1 adalah sangat berkesan bagi mempercepatkan ia kering dan gugur. Kesan
penyembuhan akan meninggalkan sedikit parut yg akan juga akan hilang ttp
mengambil masa yg lama. Pencegahan adalah melalui vaksin apabila setiap kali
berlaku aktiviti pertambahan unggas atau penerimaan unggas baru di kawasan
sangkar. Kawalan nyamuk yg sempurna akan mengurangkan kadar jangkitan kepada
unggas lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.