Tuesday, July 16, 2013

Sepasang Brahma Terbaik Untuk Pak Brahim


 
Salam semua, ni adalah 2 ekor anak light brahma aku yg telah dijual kpd Pak Brahim bulan lepas, hehe.. Insya Allah akan membesar bagai johan nanti.  Kalau diperhatikan, ayam baka light brahma yg AAF keluarkan ni semakin hari semakin berkualiti.  Kenapa aku ckp mcm tu? Sebabnya, AAF sedaya upaya mencari baka2 brahma berkualiti untuk dikacukkan melalui kaedah selective breeding yg aku amalkan sejak 2010 lagi khas utk baka ayam eksotik sahaja. Sehinggakan ketika aku menulis inipun aku masih mencari, membeli dan mengkaji ttg bagaimana menghasilkan dan mempertahankan baka ayam eksotik yg berkualiti daripada pupus di AAF.  Brahma dan Giant Cochin merupakan antara baka yg sukar dibiakkan kerana baka ini terlalu lembut dan agak kurang agresif dalam sudut pembiakan.  Namun begitu aku takkan mudah mengalah kerana itulah baka brahma dan giant cochin AAF sentiasa menghasilkan telur sepanjang musim.  Alhamdulillah dan bagi sesiapa yg suka dengan baka ini, silalah hubungi aku.  Stok akan habis bila ada pemborong yg datang bertandang, jika tidak... stok akan sentiasa ada di AAF.  Sekian terima kasih.

3 comments:

  1. Nice one! Keep up your good work. Kalau tengok kat internet, breed brahma ni bagus untuk meat n egg, rate of lay per year pon boleh tahan 140++ n dia broody gak. Kalau jual berapa ringgit ye?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan... ada lg ke anak ayam baka Brahma ni?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.